Home Semasa COVID-19: Tiada sebab KKM manipulasi jumlah kes positif – Ismail Sabri

COVID-19: Tiada sebab KKM manipulasi jumlah kes positif – Ismail Sabri

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Lz8MB3y1zCg[/embedyt]

 

PORT DICKSON, 19 Apr – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memalsukan statistik harian kes positif COVID-19 seperti mana didakwa netizen.

Beliau berkata, KKM akan mengumpulkan jumlah statistik harian dari seluruh negara secara terperinci sebelum laporan rasmi dikeluarkan.

“Jabatan Kesihatan Negeri akan membuat laporan dan KKM akan menerima laporan setiap jam 12 tengah hari,

“Jadi KKM tidak boleh memanipulasi seperti yang dituduh oleh ramai dikalangan di luar sana,” ujarnya ketika sidang media sewaktu Majlis Berbuka Puasa anjuran Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Menurutnya, pihak KKM tidak mungkin memanipulasikan jumlah tersebut kerana jumlah tersebut turut diketahui oleh setiap negeri.

“Dari segi laporan, kita melihat penambahan hospital semakin meningkat, penggunaan katil dan Unit Rawatan Rapi (ICU) juga bertambah,

“Ini menunjukkan kes benar-benar berlaku dan tiada sebab ianya dimanipulasi,” katanya.

Tambahnya, peningkatan kes pada kali ini tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja, malah seluruh dunia.

“Kalau boleh kita mahu (jumlah) kosong lebih baik, kita senang dan kerja kita selesai,

“Di negara-negara Eropah seperti Itali, Perancis telah pun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),

“Ada juga negara-negara yang mengisytiharkan darurat seperti di negeri-negeri Amerika Syarikat,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply