Home Pertahanan dan Keselamatan ATM, PDRM galas tanggungjawab bantu jaga keamanan Mindanao

ATM, PDRM galas tanggungjawab bantu jaga keamanan Mindanao

by Nurulhuda

SUBANG, 9 Apr – Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao 16 (TPA M-16) berlepas ke Filipina bagi meneruskan tugasan pemantauan serta mengawasi proses gencatan senjata antara kerajan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), hari ini.

TPA M-16 diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Hamdan Ismail dan melibatkan 16 orang pegawai dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pegawai Tadbir Diplomatik Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri.

Majlis penghantaran kumpulan ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (KSU), Datuk Sri Muez Abd Aziz di Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Turut mengiringi Ketua Setiausaha ialah Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jenaral Jen Datuk Yazid Arshad TUDM berserta pegawai kanan ATM.

Turut sama berlepas ke Mindano adalah deligasi dari Markas Angkatan Bersama yang diketuai oleh Panglima Angkatan Bersama yang akan menyaksikan “𝑇𝑟𝑎𝑛𝑠𝑓𝑒𝑟 𝑂𝑓 𝐴𝑢𝑡ℎ𝑜𝑟𝑖𝑡𝑦” di antara TPA M-15 dan TPA M-16 pada 10 April 2021.

Penerbangan ke Mindanao menggunakan pesawat angkut TUDM C130H dari PU Subang.

Muez dalam ucapannya menasihati tim TPA M-16 agar sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik ketika melaksanakan misi di Mindanao. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply