Home SemasaGlobal Lubnan ‘boleh tenggelam seperti Titanic’ tanpa pemerintahan baru

Lubnan ‘boleh tenggelam seperti Titanic’ tanpa pemerintahan baru

by Air Times News Network

BEIRUT, 30 Mac – Ahli politik Lubnan memberi amaran bahawa negara itu dijangkakan akan tenggelam seperti Titanic sekiranya kerajaan baharu tidak dibentuk.

Memetik kenyataan Speaker Parlimen, Nabih Berri berkata, Lubnan selama tujuh bulan tanpa pemerintahan selepas insiden letupan di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos tahun lalu.

“Seluruh negara berada dalam bahaya, seluruh negara adalah ‘Titanic’,

“Sekiranya ianya karam, tiada apa lagi yang tinggal,” ujarnya seperti di laporkan BBC News.

Tambahnya, pentadbiran sebelum ini telah mengundurkan diri berikutan insiden letupan di pelabuhan Beirut tersebut.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika membuka sidang parlimen pada Isnin untuk menyetujui pinjaman darurat sebanyak USD200 juta sebagai pembiayaan bahan bakar bagi kegunaan loji janakuasa syarikat Elektrik Lubnan (EDL).

Syarikat berkaitan kerajaan itu terpaksa menutup salah satu daripada empat loji utama di negara itu kerana kekurangan bahan bakar.

EDL dilaporkan telah beroperasi dengan bergantung kepada pinjaman yang diperuntukkan pada tahun lalu oleh kerana kabinet sementara tidak dapat mengadakan persidangan bagi meluluskan anggaran perbelanjaan untuk tahun ini.

Sejak beberapa bulan lalu, para pemimpin politik telah mempersoalkan mengenai pembentukkan kabinet baru, namun krisis di Lubnan dilaporkan semakin merumitkan setiap hari. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply