Home Semasa COVID-19: 1,275 kes baharu dengan satu kematian hari ini

COVID-19: 1,275 kes baharu dengan satu kematian hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Sebanyak 1,275 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes baharu COVID-19 sebanyak 339,443 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh masih mengatasi jumlah kes harian baharu iaitu sebanyak 1,509 kes pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 323,925 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 14,269 kes.

“Selangor terus melaporkan kes harian baharu tertinggi sebanyak 478 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 389 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 213 kes dan Pulau Pinang sebanyak 137 kes,

“Sebanyak 22 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Jalan Duta (13 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes), Kluster Kluster DTI Sepang 2 (1 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 161 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, 1 kes kematian di rekodkan di Selangor dan ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,249 kes.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, 11 kluster tempat kerja dan dua (2) kluster komuniti. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply