Home Pertahanan dan Keselamatan Ugutan Korea Utara: ATM tingkat siaga, fokus ancaman siber

Ugutan Korea Utara: ATM tingkat siaga, fokus ancaman siber

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=fUwLCxPaErc[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meningkatkan tahap kesiagaan terutama berkaitan keselamatan siber susulan kenyataan berbaur ugutan yang dikeluarkan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song baru-baru ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata, usaha tersebut dibuat bagi memastikan ancaman yang diterima sebelum ini ditangani sebaik mungkin.

“Pertama sekali, ATM akan memastikan negara berada dalam keadaan selamat, kita (ATM) juga akan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam perkembangan siber,

“Dia (ancaman) datang dalam banyak cara, sama ada fizikal dan sebagainya. Dan masa sekarang semua yang dilakukan bergantung kepada teknologi siber,

“Keselamatan siber antara perkara yang diberi perhatian khusus untuk kekalkan kedaulatan negara. Ini kerana segala data-data keselamatan tersimpan dalam domain siber,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao ke-16 (TPA-M16) di Wisma Perwira ATM, hari ini.

Menurut Affendi, pihaknya (ATM) akan melaksanakan tugas dengan baik dan pasukan akan bekerja keras untuk mempastikan keselamatan dalam segala sudut.

“Keadaan buat masa ini terkawal. Saya mengharapkan yang terbaik daripada pasukan yang sentiasa bekerja keras,” ujarnya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan yang diberikan Kim pada Ahad lepas, yang mengatakan Malaysia perlu menanggung akibat daripada tindakan mengenakan pendakwaan terhadap rakyatnya.

Terdahulu, Pyongyang mengumumkan pihaknya menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, selepas mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat, untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply