Home Pertahanan dan Keselamatan PATI tidak akan berhenti ceroboh, Op Benteng diteruskan – Panglima Angkatan Tentera

PATI tidak akan berhenti ceroboh, Op Benteng diteruskan – Panglima Angkatan Tentera

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=6o599dME2gg[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited dalam memperkasakan penguatkuasaan Operasi Benteng (Op Benteng) dalam mengawal keselamatan serta kedaulatan negara dari dicerobohi anasir-anasir luar.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata, OP Benteng yang diselaraskan di bawah National Task Force (NTF) adalah bertujuan untuk mencegah berlakunya jenayah rentas sempadan termasuklah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) selain mengekang penularan wabak COVID-19 di dalam negara.

“Sehingga hari ini, Op Benteng berjaya membuat penahanan, pengusiran dan ia berlaku setiap hari,

“Satu yang kita kena faham, bahawa mereka (PATI) yang dari luar tidak akan berhenti datang dan masuk ke Malaysia setiap hari,

“Mungkin kerana negara kita mempunyai tarikan yang sangat kuat, sama ada melalui ekonomi, keselamatan serta keinginan mereka untuk meneruskan kehidupan,

“Pelaksanaan Op Benteng pada hari ini membuahkan kejayaan yang menyakinkan,” katanya selepas Majlis Perasmian Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao 16 (TPA-M16) yang diadakan di Wisma Perwira, hari ini.

Beliau berkata, Op Benteng akan terus dilaksanakan dan akan dibuat penambahbaikan untuk masa hadapan.

“Samaada perlu tukar pendekatan atau teruskan operasi, ia bergantung kepada keadaan situasi semasa,

“Biar kita keluar dari kemelut wabak COVID-19 ini dahulu. Kita (ATM) cuba hentikan apa yang datang ketika ini dan pihak kami akan membuat perbincangan untuk tindakan selanjutnya,

“Kita perlu lebih memperkukuhkan segala cara yang boleh kita gunakan untuk menghalang kemasukan segala anasir dari luar ini,” tambahnya.

Terdahulu, Affendi telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Misi TPA-M16, Mejar Jenaral Datuk Hamdan Ismail sebagai simbolik Majlis Perasmian pada hari ini.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang TUDM menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Misi TPA-16, Mejar Jenaral Datuk Hamdan Ismail sebagai simbolik Majlis PerasmianTim pemantau Antarabangsa Mindanao 16 di Wisma Perwira, hari ini. Foto: AirTImes

Seramai 16 orang pegawai dari ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pegawai Tadbir Diplomatik Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri di tugaskan bagi memantau isu genjatan senjata antara GPH (Goverment Of Philippine) dan MILF Moro Islamic Liberation Front) di Mindanao.

“TPA-M16 akan melaksanakan tugas berpandukan kepada Term of Reference (TOR) bagi memantau perjanjian gencatan senjata Filipina dan MILF manakala TIM TPA-M15 yang selesai misi 12 bulan di sana akan pulang 10 April ini,

“Tim ini akan menjalani kuarantin 14 hari sejurus mendarat di Manila sebelum bergerak ke Mindanao dengan pesawat komersial, seterusnya proses serah terima tugas pertukaran pasukan di sana dilaksanakan kelak,

“Kerjasama ini penting untuk memastikan keamanan serantau di Mindanao sentiasa kekal aman dan harmoni serta membantu Filipina dalam proses MORO mendapatkan kerajaan autonomi yang masih berjalan lagi,” ujarnya. –airtimes.my

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang TUDM memakaikan lencana TPA-16 kepada pegawai yang terlibat. Foto: AirTImes

Related Articles

Leave a Reply