Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 49 PATI ditahan, sebuah kenderaan darat dan bot dirampas

Op Benteng: 49 PATI ditahan, sebuah kenderaan darat dan bot dirampas

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Seramai 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi tersebut juga berjaya merampas sebuah bot dan kenderaan darat.

“Dalam operasi itu juga, pihak berkuasa turut mengesan 128 buah bot atau kapal di perairan negara dan sebuah kenderaan darat melalui 9 operasi penglihatan,” katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Melalui Op Benteng semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 262 Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Op Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA telah melaksanakan sebanyak 202 SJR, Op Benteng PDRM (51 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” ujarnya.

Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 6 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP dan kesemua mereka dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan adalah tidak memakai pelitup muka (4) dan gagal menyediakan peralatan serta merekodkan pelanggan (2). – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply