Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 7 PATI bersama 2 kenderaan darat ditahan semalam

Op Benteng: 7 PATI bersama 2 kenderaan darat ditahan semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Seramai 7 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu itu turut merampas 2 kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 98 bot dan kapal di perairan negara melalui 7 aktiviti penglihatan,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Op Benteng Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi keselamatan lain turut menjalankan 264 sekatan jalan raya (SJR) semalam.

“Op Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA sebanyak 208 SJR, Op Benteng PDRM (47 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” ujarnya.

Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 337 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP), semalam.

“Daripada jumlah itu, 289 telah dikompaun, 48 individu direman,

“Antara kesalahan ingkar SOP adalah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (109); aktiviti pusat hiburan (72); gagal menyediakan peralatan, merekod diri dan pelanggan (55); rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (42); tidak memakai pelitup muka (41) dan lain-lain (18),” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply