KUALA LUMPUR, 14 Mac – Sebanyak 1,354 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan kes di bawah paras angka 2,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 323,763 kes.
Sementara itu, beliau berkata, Selangor masih kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 577 kes.
“Ini diikuti oleh Serawak sebanyak 178 kes dan Pulau Pinang sebanyak 154 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes sembuh pula sebanyak 1,782, bagi kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 16,279,
“Seramai 158 pesakit COVID-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 71 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,”ujarnya.
Selain itu, 4 kes kematian dicatatkan pada hari ini membabitkan 2 kes di Sabah, dan masing-masing 1 di Labuan serta Perak.-airtimes.my