Home Semasa COVID-19: Jumlah kes sembuh keseluruhan lebihi 300 ribu

COVID-19: Jumlah kes sembuh keseluruhan lebihi 300 ribu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Sebanyak 1,647 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan hari keenam berturut-turut di bawah 2,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif COVID-19 hari ini membabitkan 5 kes import dan 1,642 tempatan dengan jumlah keseluruhan 319,364 kes.

Beliau berkata, kes sembuh pula sebanyak 2,104 kes dengan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 300,620 kes.

“Bagi kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 17,544,

“Seramai 147 pesakit COVID-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 61 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, 9 kes kematian dicatatkan pada hari ini membabitkan 4 kes di Selangor, Johor (2) dan masing-masing satu kes di Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, beliau berkata, Selangor masih kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 712 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 619 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 170 kes dan Pulau Pinang sebanyak 169 kes,” ujarnya.

Dalam pada itu, 5 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan 3 kluster berkaitan tempat kerja, serta satu kluster melibatkan komuniti dan pusat tahanan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply