Home Pertahanan dan Keselamatan 16 PATI ditahan dalam Operasi Benteng, semalam

16 PATI ditahan dalam Operasi Benteng, semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan bersama 5 buah kenderaan darat menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) diseluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa turut mengesan 86 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 5 aktiviti penglihatan.

Pada masa sama, seramai 9 orang PATI turut diusir melalui 2 aktiviti pengusiran.

“Op Benteng Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi keselamatan lain turut menjalankan 512 sekatan jalan raya (SJR) semalam,

“Op Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA telah melaksanakan sebanyak 457 SJR. Manakala, Op Benteng PDRM (46 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan PKP, hari ini.

Dalam pada itu, seramai 509 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP PKP semalam, dan daripada jumlah itu, 466 telah dikompaun, 39 direman manakala 4 lagi individu dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (120); gagal menyediakan peralatan merekod maklumat diri atau pelanggan (111); tiada penjarakan fizikal (95); aktiviti perjudian (54); tidak memakai pelitup muka (49); aktiviti pusat hiburan (37); keluar rumah tanpa alasan munasabah (11); premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (8); lain-lain (24),” ujarnya.-airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply