Home SemasaGlobal Kapal Tentera Laut AS laksana pelayaran cabar kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan

Kapal Tentera Laut AS laksana pelayaran cabar kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) mengesahkan sebuah kapal pembinasa miliknya telah melaksanakan pelayaran di zon perairan tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

US Navy dalam satu kenyataan berkata, kapal USS John S McCain telah melaksanakan operasi pelayaran di kawasan perairan Kepulauan Paracel.

Menurutnya, operasi kebebasan berlayar (Freedom of Navigation Operation, FONOP) dilaksanakan bagi mendukung hak undang-undang laut antarabangsa.

“Pelayaran ini juga mencabar larangan yang dibuat secara tidak sah oleh Taiwan, Vietnam dan China di Kepulaian Paracel,

“Tuntutan yang dilaksanakan secara tidak sah di Laut China Selatan akan mengugat kebebasan laluan laut dan udara di kawasan perairan ini,

“Ianya akan menjejaskan ekonomi negara-negara pesisir,” kata US Navy.

US Navy turut menegaskan pihaknya akan terus mencabar tuntutan perairan secara melampau di seluruh dunia tanpa mengira sesiapa.

“Undang-undang laut antarabangsa yang termaktub dalam 1982 Law of the Sea Convention (UNCLOS) telah menjamin keadilan dan kebebasan bersama di kawasan laut,

“Amerika Syarikat mendukung hak kebebasan berlayar,” jelas kenyataan itu.

 

Kawasan Kepulauan Paracel merupakan sebahagian daripada isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

 

Kepulauan ini dituntut oleh China, Taiwan dan Vietnam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply