Home SemasaGlobal Vaksin boleh menjadikan seorang menjadi homoseksual – Rabai Israel

Vaksin boleh menjadikan seorang menjadi homoseksual – Rabai Israel

by M.Daim

JERUSALEM, 18 Jan – Seorang ketua agama Yahudi (Rabai) berpengaruh di Israel, Rabai Daniel Asor menyeru para pengganut ajaran ultra-Orthodox untuk tidak menerima sebarang suntikan vaksin COVID-19.

Menurut beliau, vaksin yang disuntik akan menyebabkan seseorang pesakit menjadi homoseksual.

Media Israel, Jerusalem Post dan Israel Hayom melaporkan dakwaan Daniel bahawa fenomena COVID-19 adalah didalangi oleh pihak tertentu.

“Pandemik yang berlaku adalah sengaja direka oleh ‘kumpulan rahsia’ antarabangsa seperti Freemason, Illuminati dan pengasas Microsoft, Bill Gates,

“Penyakit dan vaksin dihasilkan adalah bagi membentuk oder dunia baharu (New World Order),” kata Daniel.

Dakwaan beliau adalah berbeza dengan 3 rabai ultra-Orthodox yang menyeru pengikut mereka untuk menerima suntikan vaksin.

Video ucapan Daniel yang tular dimedia sosial mula menjadi bahan jenaka netizen di dunia internet. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply