Home SemasaGlobal COVID-19:  Sistem kesihatan Portugal di ambang kehancuran, ibarat retak menanti belah

COVID-19:  Sistem kesihatan Portugal di ambang kehancuran, ibarat retak menanti belah

by M.Daim

LISBON, 18 Jan – Menteri Kesihatan Portugal, Marta Temido memberi amaran sistem kesihatan negara itu akan mengalami kehancuran akibat peningkatan mendadak kes COVID-19.

“Sistem kesihatan kita sedang mengalami tekanan yang melampau dan ia telah menghampiri hadnya,” kata Marta.

Menurut laporan Reuters, Portugal merupakan negara yang mempunyai kapasiti terendah untuk mengendalikan kes kritikal iaitu 672 katil.

Namun, angka pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan rapi di negara itu telah mencecah seramai 647 orang.

Semalam, negara berkepadatan penduduk seramai 10 juta orang itu telah melaporkan 10,385 kes jangkitan baharu dan 152 kematian.

Portugal telah mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara semenjak 3 hari lalu berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Peningkatan mendadak kes wabak membawa maut di ibu negara Portugal, Lisbon telah menyebabkan hospital dikawasan itu tidak mampu untuk menampung pesakit baharu.

Hospital terbesar di Lisbon, Santa Maria kini tidak mampu untuk menerima pesakit baharu.

“Bilangan pesakit di hospital kami telah melebihi had kapasiti dan situasi ini berlaku di mana-mana saja,” kata pengarah Hospital Santa Maria, Daniel Ferro.

Sementara itu, Hospital Garcia de Orta melaporkan mereka hampir kehabisan kapasiti katil untuk menampung pesakit baharu COVID-19.

Sehingga hari ini, jumlah kes jangkitan di Portugal adalah sebanyak 549,801 kes dengan 8,861 kematian.– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply