Home Pertahanan dan Keselamatan 18 RAMD Para jalani latihan tingkat keupayaan tempur

18 RAMD Para jalani latihan tingkat keupayaan tempur

by M.Daim

PULADA, 18 Jan – Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja, 18 RAMD (PARA) telah melaksanakan latihan Kem Kemahiran Senjata (KKS) di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) bagi mempertingkatkan keupayaan tempur mereka.

Pihak 10 Briged Para dalam akaun Facebook rasminya berkata, latihan selama seminggu ini bertujuan pertingkatkan kemahiran, kecekapan dan kompetensi anggota di medan tempur.

“Latihan yang bermula 10 sehingga 17 Januari merupakan persiapan kepada 18 RAMD untuk melaksanakan latihan ketenteraan pada tahun 2021,

“Walaupun negara dilanda wabak COVID-19, latihan sebegini tetap diteruskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan,” katanya,

Menurutnya, latihan sebegini mampu untuk meningkatkan kebolehan dan keyakinan anggota yang terlibat sekiran berlaku ancaman kepada negara di masa hadapan.

Antara latihan yang dilaksanakan sepanjang KKS kali ini adalah Latihan Tembak Tempur Individu (LTTI), Tembak Tempur Tim (LTTT), latihan membaling grenade, tembakan sasaran statik yang menggunakan senjata bantuan seperti Automatic Grenade Launcher (AGL), Heavy Machine Gun (HMG), LAW M72, M203, Mortar 81 mm dan 60 mm serta mengendali dan memasang Claymore Mines.

Latihan ini melibatkan seramai 9 pegawai dan 341 anggota Lain-lain Pangkat. Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Mohamad Fadzly Mohd Yasin turut serta dalam latihan ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply