Home Pertahanan dan Keselamatan Pos Terapung perkukuh kawalan sempadan di Pulau Ketam

Pos Terapung perkukuh kawalan sempadan di Pulau Ketam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju untuk membina Pos Terapung (Floating Barge) Gabungan Keselamatan di Pulau Ketam bagi memperkukuhkan kawalan sempadan di perairan tersebut.

Beliau berkata, pembinaan ini dicadangkan oleh National Task Force (NTF) berikutan peningkatan kemasukan dan tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ketara dari tahun 2019 dan 2020.

“Pada 2019 seramai 328 PATI telah ditangkap di Pulau Ketam dan sebanyak 21 rampasan dibuat dengan nilaian RM2,344,573,

“Namun jumlah ini terus meningkat pada 2020 dengan seramai 2,002 PATI telah ditangkap dan 207 rampasan dibuat dengan nilai RM 11,736,918.87,” katanya dalam sidang media khas, pada hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Operasi Benteng (Op Benteng) telah menahan 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas 9 buah kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negari, semalam.

“Sebanyak 113 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng juga telah dilaksanakan semalam melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak 46 SJR,

‘Op Benteng PDRM sebanyak 58 SJR dan Op Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM-9 SJR),” tambahnya.

Ismail Sabri menjelaskan, Op Benteng yang melibatkan pasukan keselamatan dan agensi-agensi lain akan terus mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu dari dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak COVID-19. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply