Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM selamatkan 3 nelayan tempatan hilang

TLDM selamatkan 3 nelayan tempatan hilang

by Azura Daril

SABAH, 4 Jan – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menyelamatkan 3 nelayan tempatan yang dilaporkan hilang pada 1 Januari 2021 di sekitar perairan Permatang Ubi kira-kira 160 batu nautika Barat Laut dari Kota Kinabalu, semalam.

Pegawai Memerintah KD TODAK, Leftenan Komander Mohd Rozaimi Mahmod TLDM berkata, KD Todak yang melaksanakan rondaan telah menjumpai 3 nelayan tersebut dalam keadaan terapung dan lemah setelah hampir 2 hari terputus bekalan makanan.

“Tekong bot nelayan tersebut telah melaporkan 3 kru bersama 3 bot pancing sokongan telah hilang pada 1 Januari 2021 yang lalu kira-kira jam 5 petang,

“Pada 3 Januari 2021 jam lebih kurang 10 pagi, TLDM Kota Kinabalu telah menerima 1 laporan kehilangan 3 kru bersama bot pancing sokongan yang dipercayai terputus hubungan dengan bot induk,

“KD Todak telah berjaya menjumpai 3 kru tersebut di sekitar perairan Permatang Ubi setelah hampir 7 jam dalam Operasi Mencari dan Menyelamat dijalankan,” jelas TLDM dalam kenyataan.

Menurutnya, anggota kapal juga telah menghulurkan bantuan awal dengan memberi makanan dan minuman panas sebelum menyerahkan kru kepada bot induk untuk pulang ke Kota Kinabalu.

Mohd Rozaimi menjelaskan, kapal TLDM di bawah naungan Markas Pemerintahan Armada Timur akan tetap meneruskan operasi dan rondaan demi memastikan keselamatan perairan Sabah serta Sarawak terpelihara. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply