Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: APMM, TDM gagalkan penyeludupan rokok jenama John

Op Benteng: APMM, TDM gagalkan penyeludupan rokok jenama John

by Nurulhuda

KUALA LINGGI, 4 Jan  – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengagalkan cubaan penyeludupan masuk kira-kira 305 kotak rokok putih jenama John di kawasan pantai berhampiran Kuala Linggi, pagi tadi.

National Task Force (NTF) dalam kenyataan berkata, tangkapan tersebut turut melibatkan 6 pendatang asing tanpa izin warga (PATI) Indonesia dan seorang suspek rakyat tempatan.

“Dua orang PATI dan seorang warga tempatan ditahan bersama 3 buah kenderaan pacuan 4 roda iaitu 2 jenis Mitshubishi Triton dan sebuah Toyota Hilux yang disyaki sedang menunggu muatan rokok tersebut untuk dipasarkan di Malaysia secara haram,

“Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, cubaan menyeludup masuk rokok ke Malaysia melalui jalan tidak sah,

“7 daripadanya turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia melalui jalan tidak sah,

“Bot serta rokok putih jenama John seterusnya dirampas dan kesemuanya dibawa ke pejabat Maritim Negeri Sembilan dan Melaka untuk  siasatan lanjut,” tambahnya.

Menurut NTF, nilai keseluruhan rampasan termasuk rokok, bot berserta enjin dan 3 buah kenderaan dianggarkan berjumlah lebih kurang RM 800,000.00.

Manakala, kes akan disiasat di bawah seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

“Jika disabit boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM 1000,000.00 yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM 500,000.00 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan itu.

APMM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan terus meningkatkan rondaan aset-aset di kawasan titik panas serta mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi keselamatan tempatan.

“Kerjasama ini diperlukan agar kegiatan dan rangkaian sindiket penyeludupan rokok, dadah serta kemasukan PATI ke negeri ini dapat dibanteras sepenuhnya,” jelas NTF. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply