Home Semasa COVID-19: Malaysia catat 2,525 kes, tertinggi sebagai penutup tahun 2020

COVID-19: Malaysia catat 2,525 kes, tertinggi sebagai penutup tahun 2020

by Azura Daril

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Malaysia merekodkan kes harian baharu tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara iaitu sebanyak 2,525 kes pada hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,481 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 88,941 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 113,010 kes, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah sebanyak 23,598 kes.

“Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 1,205 kes, 995 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“Selain itu, sebanyak 131 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan,

“Sebanyak 5 kluster baharu telah dilaporkan hari ini iaitu Kluster Jalan Galah di Selangor, Kluster Jalan Datuk (Kuala Lumpur), Kluster Kampung Baharu (Johor), Kluster Pekeliling (Johor) dan Kluster Jalan Rasah (Negeri Sembilan),” ujarnya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga mengesahkan bahawa terdapat 8 kes kematian telah dilaporkan hari ini yang melibatkan 5 lelaki dan 3 wanita. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply