if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan 31 PATI dan 2 tekong ditahan dalam Op Benteng

31 PATI dan 2 tekong ditahan dalam Op Benteng

by Jassmadi Jakariya

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI), 2 Tekong dan 6 kenderaan darat ditahan menerusi Op Benteng yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan wabak COVID-19, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan menerusi Op Benteng semalam juga telah melaksanakan sebanyak 107 Sekatan Jalan Raya (SJR) diseluruh negara,

“Op Penawar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak 38 SJR, Op Benteng PDRM (60) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM turut menahan 301 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP, semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 298 individu telah dikompaun, manakala 3 lagi direman,
“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (149), tidak memakai pelitup muka (77), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63), aktiviti pusat hiburan (2), dan lain-lain (10).,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong-lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini,” ujarnya.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?