Home Pertahanan dan Keselamatan ESSCOM rampas rokok seludup bernilai lebih RM149 ribu, 2 lelaki ditahan

ESSCOM rampas rokok seludup bernilai lebih RM149 ribu, 2 lelaki ditahan

by Nurul Aini

TAWAU, 24 Dis – Seramai 2 orang lelaki telah ditahan oleh pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) kerana memiliki 10,160 bungkus rokok seludup.

Pihak ESSCOM dalam satu hantaran di akuan media sosial rasminya berkata, kedua-dua suspek telah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Hidayat Batu 4, semalam.

“Serbuan dilakukan oleh anggota ESSCOM dengan kerjasama anggota Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada pukul 2.30 pagi,

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa bungkus rokok yang disyaki diseludup ditemui dalam 2 bilik berasingan,” kata Komander DCP Datuk Ahmad Fuad Othman.

Beliau menambah, kesemua suspek yang berumur 50 – 55 tahun termasuk seorang warga asing telah ditahan.

“Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM149,335,” jelasnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply