Home Pertahanan dan Keselamatan Yayasan Dutamas Hijau derma 1 juta pelitup muka kepada Kementerian Pertahanan

Yayasan Dutamas Hijau derma 1 juta pelitup muka kepada Kementerian Pertahanan

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=EQQl2DNezZQ[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Yayasan Dutamas Hijau hari ini telah menderma sebanyak 1 juta keping pelitup muka kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri sumbangan oleh pihak yayasan akan diagihkan kepada para pelajar dan penduduk di Lubnan.

“Pelitup muka akan diedarkan kepada para pelajar sekolah dan penduduk Lubnan yang memerlukan,

“Kita difahamkan harga pelitup muka di sana adalah mahal iaitu sekitar US$ 1 (RM 4.06) berbanding di Malaysia yang berharga RM 0.80,” kata Ismail Sabri semasa sidang media di Auditorium Wisma Pertahanan.

Beliau menambah, pelitup muka akan diedarkan oleh anggota pengaman MALBATT 850-8.

“Sumbangan oleh Yayasan Dutamas Hijau akan diedar kepada masyarakat di Lubnan melalui program Jiwa Murni (Civil Military Cooperation, CIMIC) oleh MALBATT yang sedang bertugas di sana,” ujarnya.

Menurutnya, bantuan ini akan dihantar secara berperingkat ke negara itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, Ismail Sabri menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Pelindungan COVID-19 kepada Kontinjen MALBATT 850-8 dan Petugas Barisan Hadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain sumbangan pelitup muka oleh Yayasan Dutamas Hijau, Kementerian Pertahanan turut menerima sejumlah peralatan perlindungan COVID-19 kepada petugas barisan hadapan ATM.

Datuk Ahmad Mukhriz Datuk Ahmad Fuad mewakili The Pine Villa Sdn Bhd. menyampaikan sumbangan kelengkapan pelindung diri kepada petugas barisan hadapan dari Angkatan Tentera Malaysia. Foto: Kementerian Pertahanan Malaysia.

Sumbangan  berupa pelitup muka, peralatan perlindungan diri, apron dan cecair pembasmi kuman disampaikan oleh The Pine Villa Sdn Bhd bersama syarikat usahasamanya, Harp Tech Solution Sdn Bhd, PB2 Marketing Sdn Bhd serta MJV Meditech Sdn Bhd.

Sumbangan dari Pine Villa Sdn Bhd disampaikan oleh Pengerusi Syarikat, Datuk Ahmad Mukhriz Datuk Ahmad Fuad. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply