Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin berkas 4 PATI bersembunyi dalam semak

Polis Marin berkas 4 PATI bersembunyi dalam semak

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR,15 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan 4 orang pendatang asing tanpa izin (PATI)cuba masuk ke negara tanpa pengenalan diri menerusi Operasi Gelora Khas di pesisir pantai Kampung Tawau pada Ahad lalu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis  Mohd Nazari Ismail berkata, serbuan dibuat pada 07.30 malam itu terdapat sekumpulan  lelaki seramai lebih kurang tiga orang lelaki dan seorang perempuan yang dipercayai PATI bersembunyi di dalam semak.

“Tangkapan tersebut terdiri daripada tiga lelaki berumur 31 hingga 41 tahun dan seorang perempuan berumur 29 tahun yang disyaki baru tiba di kawasan berkenaan dan sedang menunggu pengangkutan untuk ke lokasi seterusnya,

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan memasuki ke negara ini dengan cara tidak sah,” katanya.

Tambah Nazri, kesemua yang ditahan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan,

“PPM juga menyeru agar kerjasama orang ramai sentiasa menyalurkan maklumat terutama melibatkan kehadiran PATI kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp di nombor 013-2831197,”ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply