Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KD SRI MEDINI kini beroperasi di Pangkalan TLDM Sungai Lunchoo – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut KD SRI MEDINI kini beroperasi di Pangkalan TLDM Sungai Lunchoo

KD SRI MEDINI kini beroperasi di Pangkalan TLDM Sungai Lunchoo

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 11 Dis – KD SRI MEDINI milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini beroperasi di Pangkalan TLDM Sungai Lunchoo setelah keluar dari Kem Tebrau, Johor Bahru, hari ini.

Bangunan KD Sri Medini di kem berkenaan, yang menjadi Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan sebelum ini ditempatkan di Kem Tebrau telah diserahkan kepada Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) dalam satu majlis di markas Pasukan Simpanan TLDM, Johor Bahru.

TLDM dalam kenyataan berkata, upacara penyerahan bangunan tersebut dimulakan dengan Majlis Menandatangani Sijil Penyerahan Bangunan antara Panglima Pasukan Simpanan, Laksamana Pertama Zainul Rashid Abdullah dan Panglima Markas Briged 7 Briged, Brigadier Jeneral Mohamed Fauzi Kamis.

Acara tersebut turut disaksikan oleh Panglima Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Laksamana Muda Datuk Zulhelmy Ithnain serta warga KD Sri Medini dan warga Markas Pasukan Simpanan TLDM.

Menurutnya, bangunan yang berlokasi di Jalan Pandan, Kem Tebrau, Johor Bahru ini telah diduduki oleh KD Sri Medini sejak tahun 1971 yang sebelum ini ditempatkan di Kem Majidee, Johor Bahru.

“Kem Tebrau merupakan pangkalan sementara kedua sebelum berpindah ke pangkalan tetap di Pangkalan TLDM Sungai Lunchoo yang siap dibina pada bulan Mac 2020,

“KD Sri Medini berpindah pada 1 April dan mula beroperasi pada 1 Mei lalu. Pada 30 Mei 2020, panji-panji KD Sri Medini pertama kali dinaikkan di Pangkalan TLDM Sungai Lunchoo dan secara rasminya pada 11 Disember 2020 pentadbiran KD Sri Medini di Kem Tebrau ditutup,” tambah kenyataan itu. – airtimes.my

Galeri Gambar:

 

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?