Home Pertahanan dan Keselamatan 31 PATI ditahan dalam Op Benteng semalam

31 PATI ditahan dalam Op Benteng semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Dis  – Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI), 3 kenderaan darat dan 1 bot ditahan menerusi Op Benteng yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan wabak COVID-19, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan menerusi Op Benteng semalam juga telahmelaksanakan sebanyak 116 Sekatan Jalan Raya (SJR) diseluruh negara,

“Op Penawar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak 50 SJR, Op Benteng PDRM (57) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak  9 SJR,

“Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 62511223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah sempadan,” katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM turut menahan 182  individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP, semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 181 individu telah dikompaun, manakala 1 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (66), tidak memakai pelitup muka (60), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (46), dan lain-lain (10).,” ujarnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply