Home Semasa RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan lulus  

RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan lulus  

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan menerusi undian belah bahagi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan itu dengan 107 menyokong manakala 95 tidak menyokong sementara 18 ahli Parlimen lagi tidak hadir.

Undian belah bahagi dibuat selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya diputuskan menerusi undian ini.

Keputusan itu dibuat selepas sidang ditempohkan selama 10 minit bagi membolehkan undian dijalankan termasuk memberi masa kepada Ahli Parlimen untuk masuk ke dalam dewan.

Sebelum itu, sesi penggulungan RUU telah dilakukan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hari ini juga, RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga diluluskan dengan undian belah bahagi dengan 105 menyokong, 95 tidak menyokong dan 20 Ahli Parlimen lagi tidak hadir. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply