Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 49 PATI, 2 penyeludup ditahan

Op Benteng: 49 PATI, 2 penyeludup ditahan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Seramai 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong ditahan menerusi Op Benteng yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan wabak COVID-19, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pasukan keselamatan turut merampas 4 kenderaan darat dalam operasi berkenaan.

“Sebanyak 278 sekatan jalan raya (SJR) turut dilaksanakan semalam yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menerusi Op Penawar sebanyak 221 SJR, Op Benteng PDRM (57) dan Op Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata Task Force Pematuhan yang diketuai PDRM telah menahan 577 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah itu, seramai 522 individu telah dikompaun manakala 55 individu pula direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (215), aktiviti pusat hiburan (116), tidak memakai pelitup muka (113), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (71), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (9),” jelasnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply