Home Pertahanan dan Keselamatan NADMA hantar kelengkapan pelindung diri frontliner Op Benteng Sabah

NADMA hantar kelengkapan pelindung diri frontliner Op Benteng Sabah

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Agensi Pengurusan Bencana Negara telah menyerahkan sejumlah kelengkapan pelindung diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan Op Benteng di Sabah.

National Task Force (NTF) dalam satu kenyataan berkata, penyerahan dilakukan di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Penyerahan ini merangkumi pelbagai jenis peralatan PPE seperti Pelitup Muka (face mask) sebanyak 750,000 helai (750 kotak), Cecair Pembasmi Kuman (hand sanitizer) sejumlah 8,000 botol dan Pelindung Muka (face shield) sebanyak 8,000 keping (40 kotak),

“Kesemua kelengkapan ini adalah untuk kegunaan frontliner yang terlibat di dalam Op BENTENG di Sabah,” kata NTF.

Menurut NTF kesemua kelengkapan ini dihantar ke Negeri Di Bawah Bayu dengan menggunakan pesawat angkut A400M TUDM.

“Kelengkapan ini dihantar ke Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Peralatan ini akan diagihkan kepada kesemua agensi NTF yang terlibat di kawasan tersebut,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, satu majlis ringkas penyerahan kelengkapan PPE telah diadakan di Pangkalan Udara Subang.

Majlis dimulakan dengan acara penyerahan simbolik peralatan PPE oleh Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr. Aminuddin Hashim kepada Komander NTF, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah.

Turut hadir ke acara ini ialah Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohd Rabin Basir.

Related Articles

Leave a Reply