Home Pertahanan dan Keselamatan Kumpulan terakhir MALBATT 850-8 berlepas ke Lubnan

Kumpulan terakhir MALBATT 850-8 berlepas ke Lubnan

by Nurulhuda

SUBANG, 16 Nov – Kumpulan ke-4 pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-8 (MALBATT 850-6) telah berlepas ke Lubnan bagi melaksanakan misi pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

Kumpulan terakhir MALBATT 850-8 diketuai oleh Mejar Salion Mamat dan melibatkan seramai 205 orang yang terdiri daripada 6 pegawai, 191 Lain-Lain Pangkat (LLP) serta 8 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Majlis penghantaran kumpulan ini telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Tajuddin Abdul Ghani di Pangkalan Udara Subang, semalam.

“Ahmad Tajuddin yang mewakili Panglima Angkatan Tentera mengucapkan selamat berangkat ke Lubnan serta tahniah kepada seluruh anggota MALBATT 850-8 kumpulan ke-4 kerana terpilih untuk melaksanakan tugas di Lubnan,

“Beliau turut menyeru kepada anggota MALBATT 850-8 untuk menjaga nama baik negara di Lubnan dalam tempoh jangkamasa 12 bulan dengan efektif, efisien dan selamat,” katanya dalam hantaran di laman sosial milik Markas Angkatan Tentera Bersama.

MALBATT 850-8 akan meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL dan ditempatkan di Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin. Kotinjen ini akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan.

Kumpulan pertama, kedua dan ketiga MALBATT 850-8 telah berlepas ke Lubnan secara berperingkat bermula pada Oktober lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply