Home Semasa Sokong Belanjawan 2021 demi kebaikan rakyat

Sokong Belanjawan 2021 demi kebaikan rakyat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) menegaskan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini di sidang Dewan Rakyat adalah bukan belanjawan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata sebaliknya belanjawan yang akan dibentengkan itu merupakan belanjawan rakyat dalam berdepan dengan situasi pandemik COVID-19.

“UMMAH dan MPMM menyanjung tinggi di atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong agar negara terus dipelihara kesihatan, kestabilan dan kemakmuran,

“Seterusnya menasihatkan agar semua Ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 bagi mendepani COVID-19 seterusnya mengukuhkan ekonomi negara pada pembentangan sesi parlimen akan datang,” katanya pada sidang media menyokong titah Seri Paduka Baginda.

Menurutnya, UMMAH dan MPMM menjunjung penuh titah Yang di-Pertuan Agong sebagaimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Istana Negara selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Zai menegaskan mereka turut menyanjung tinggi dan menghargai pengiktirafan yang telah diberikan oleh Agong kepada keupayaan Kerajaan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply