Home Pertahanan dan Keselamatan 4 PATI termasuk tekong Indonesia ditahan, ceroboh perairan negara

4 PATI termasuk tekong Indonesia ditahan, ceroboh perairan negara

by Nurulhuda

MELAKA, 22 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Sembilan telah menahan 4 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang tekong warga Indonesia ketika cuba memasuki negara ini secara haram dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di perairan Tanjung Sepat, Selangor pada hari Selasa lalu.

Pengarahnya Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, penahanan itu dibuat hasil maklumat daripada stesen pengesanan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) mengesan sebuah bot yang mencurigakan dari perairan Indonesia sedang menuju masuk ke perairan Tanjung Sepat, Selangor.

Beliau berkata, hasil maklumat tersebut, 2 bot APMM telah diatugerakkan bagi mengejar bot berkenaan dengan mengambil masa lebih kurang setengah jam sebelum bot tersebut berjaya ditahan pada jam 9.55 malam di kedudukan lebih kurang 7.6 batu nautika barat dari perairan itu.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot pancung berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran yang menggunakan 4 unit enjin sangkut jenama Yamaha 200 kuasa kuda itu mendapati 4 orang lelaki termasuk tekong warganegara Indonesia,

“Mereka yang ditangkap berusia antara 38 hingga 53 tahun itu akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,

“Kesemua suspek termasuk bot dibawa ke jeti APMM Negeri Sembilan dan Melaka untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Haris berkata, bot yang ditahan itu disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan berdasarkan kapasiti muatan yang besar serta keupayaan enjin bot tersebut mampu memecut pada kelajuan 52 knot. –airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply