Home Pertahanan dan Keselamatan 400 PATI Filipina diusir dari Sabah

400 PATI Filipina diusir dari Sabah

by Nurulhuda

SANDAKAN, 24 Sept – Majlis Keselamatan Negara (MNK) Negeri Sabah telah mengusir seramai 400 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga negara Filipina melalui Pelabuhan Sandakan, semalam.

Pengarah MKN Sabah, SH Sitti Saleha Habib dalam kenyataan berkata, pengusiran itu merupakan program siri ke-27 melalui jalan laut pada tahun 2020 yang melibatkan PATI dari Filipina dan Indonesia.

“MKN Sabah bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM Sabah) menyelaras tanggungjawab dengan bantuan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi yang lain untuk mengusir PATI ke negara asal,

“Seramai 400 PATI Filipina diusir ke negara asal menaiki kapal dari pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina, semalam,

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran PATI keluar dari Sabah sepanjang tahun ini adalah seramai 6,859 orang termasuk 259 orang ke lain-lain negara melalui udara,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, kesemua tahanan dipastikan berada dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan sebelum diusir.

“Tahanan yang didapati sakit akan menjalani rawatan sewajarnya terlebih dahulu,

“Semua tahanan juga menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung,”tambahnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply