Home Semasa Ramai Ahli Parlimen UMNO, BN sokong Anwar – Zahid Hamidi

Ramai Ahli Parlimen UMNO, BN sokong Anwar – Zahid Hamidi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau tidak dapar menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan baharu.

Menurutnya, beliau telah dimaklumkan ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN yang menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim dan menghormati pendirian mereka.

“Sebagimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN). Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli Parlimen sahaja,

“UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap Yang DiPertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi,”jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Presiden Malaysian Chinese Assocition (MCA), Datuk Seri Wee Ka Siong pula menyifatkan tindakan Anwar Ibrahim adalah berniat untuk mensabotaj negara.

Wee ka Siong berkata, Anwar Ibrahim menggunakan taktik lama yang dahulunya pernah mendakwa mendapat sokongan 30 Ahli Parlimen dan akan merampas Purtajaya pada 2008.

“Pengumuman Anwar untuk membentuk kerajaan hari ini dilihat seolah ingin mensabotaj negara, yang ketika ini sedang sibuk menyakinkan pelabur untuk memulihkan semula ekonomi negara,

“Sebagai senior politik, Anwar sepatutnya lebih bertanggungjawab, apatah lagi ketika ini sedang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Kestabilan negara jauh lebih penting berbanding mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri”, ujarnya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau turut menegaskan bahawa pendirian MCA dan Barisan BN ketika ini masih teguh berdiri bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, kerajaan Perikatan Nasional telah dapat memulihkan ekonomi negara walaupun harus berdepan dengan pandamik COVID-19 demi kesejahteraan rakyat Malaysia.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply