Home Pertahanan dan Keselamatan 164 graduan Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia terima Diploma

164 graduan Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia terima Diploma

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 24 Sept – Seramai 164 penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) siri 49/2020 Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) menerima penganugerahan Diploma hari ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM telah menyempurnakan majlis penyampaian Diploma tersebut di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) hari ini.

Affendi berkata kursus ini terdiri daripada pegawai tentera yang terpilih dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta 38 orang pegawai tentera dari 24 negara sahabat yang mempunyai perhubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Dimana mereka telah menjalani kursus selama setahun yang bermula pada Ogos 2019 hingga Sept 2020,

“Kebanyakan mereka diuruskan oleh perkhidmatan untuk mempersiapkan mereka sebagai pegawai pemerintah di pasukan masing-masing,

“Pada masa yang sama, mereka juga akan dihantar sebagai pegawai staf di keduataan luar negara sekiranya mereka dinaikan pangkat kelak,” jelasnya.

Bahagian Hal Ehwal Awam-J7, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan berkata, program diploma ini telah dibangunkan dengan kerjamasa MTAT dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

“Seramai 164 peserta KPSM yang terdiri dari 82 orang pegawai kanan Tentera Darat Malaysa (TDM), 21 dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 21 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang masing-masing dari APMM dan PDRM,

“Kurikulum KPSM siri ini telah dibahagikan kepada 3 modul (3 semester) iaitu Modul Pengajian Polisi dan Strategi, Modul Pemerintahan, Kepimpinan dan Pengurusan serta Modul Pengajian Ketenteraan,

“Graduan kursus ini akan menerima sijil passed staf college (psc) dan Post-Graduate Diploma in Strategic and Defence Studies,” tambahnya.

Anugerah Lembaga MTAT kali ini dinobatkan kepada Mejar Maslinda Datuk Masood sebagai Penuntut Kursus Tempatan Terbaik Keseluruhan.

Manakala untuk Penuntut Kursus Terbaik Luar Negara Keseluruhan dinobatkan kepada Mejar Shaun Andrew Michael dari Singapura.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad TUDM; Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal dan Komandan MTAT, Brig Jeneral Fazal Abdul Rahman. – airtimes.my

Geleri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply