Home Pertahanan dan Keselamatan OP Benteng: 7,012 PATI, 737 tekong ditahan sejak 1 Mei lalu

OP Benteng: 7,012 PATI, 737 tekong ditahan sejak 1 Mei lalu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Seramai 7,012 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menceroboh sempadan negara telah ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) sejak 1 Mei sehingga semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu itu juga berjaya menahan 737 tekong serta 283 penyeludup.

Menurutnya, kawalan sempadan negara menerusi Op Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah bagi mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI.

“Operasi ini juga adalah untuk mengekang jenayah rentas sempadan serta menyekat penularan wabak COVID-19 di dalam negara,

“Semalam, Op Benteng ini juga telah berjaya menahan 64 PATI dan seorang tekong serta merampas 5 kenderaan darat,

“Penahanan itu termasuklah, tangkapan 10 PATI yang terdiri daripada 8 lelaki dan 2 perempuan di Bandar Penawar, Johor oleh Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 RAD),”katanya pada sidang media perkembangan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut menjelaskan sebanyak 91 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng telah dilaksanakan dengan melibatkan ATM (12 SJR), PDRM (69 SJR) dan AKSEM (10 SJR).

“Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply