Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng tahan 80 PATI, 6 penyeludup kekang jenayah rentas sempadan

Op Benteng tahan 80 PATI, 6 penyeludup kekang jenayah rentas sempadan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Sept – National Task Force (NTF) menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 80 pendatang asing tanpa izin (PATI), 6 penyeludup dan seorang tekong yang melakukan jenayah rentas sempadan, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka termasuklah 20 individu PATI warga Indonesia di Sungai Nipah, Haji Dorani, Sungai Besar Selangor yang ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Sebanyak 82 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng telah dilaksanakan semalam, melibatkan PDRM yang telah membuat 57 SJR, AKSEM (10 SJR) dan ATM (15 SJR),” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Op Benteng ini melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Operasi bersepadu ini adalah untuk mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” tambahnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply