Home Pertahanan dan Keselamatan 86 PATI ditahan dalam Op Benteng semalam

86 PATI ditahan dalam Op Benteng semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Seramai 86 pendatang asing tanpa izin (PATI), seorang penyeludup dan seorang tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilaksanakan di seluruh negara, semalam

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga berjaya menahan 3 PATI di Pantai Sungai Rengit, Johor kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata, sebanyak 82 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 60 SJR, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (ASKEM), 10 SJR dan ATM (12 SJR).

Ismail Sabri berkata, Op Benteng di bawah National Task Force (NTF) ini melibatkan ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan AKSEM adalah bagi mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi PATI dalam mengekang jenayah rentas sempadan.

“Selain itu operasi secara bersepadu ini juga adalah untuk menyekat penularan wabak COVID 19 di dalam negara,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – airtimes.my

Related Articles

1 comment

86 illegal immigrants detained in Op Benteng yesterday - IMIC Bakamla 13 September 2020 - 11:31 pm

[…] 86 PATI ditahan dalam Op Benteng semalam […]

Reply

Leave a Reply