Home Pertahanan dan Keselamatan TLDM gagalkan cubaan bot nelayan asing ceroboh perairan negara

TLDM gagalkan cubaan bot nelayan asing ceroboh perairan negara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah memintas sebuah bot nelayan asing yang cuba menceroboh perairan negara, semalam.

Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3) dalam hantaran media sosial rasminya berkata, kapal sokongan TLDM, KD MAHAWANGSA telah mengusir bot nelayan asing di kawasan perairan sempadan Malaysia-Thailand.

“Bot tersebut telah ditemui 33 batu nautika barat laut Pulau Perak. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 4 krew warganergara asing termasuk tekong,

“Tiada sebarang barang terlarang dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di dalam bot tersebut,” katanya.

Pada masa yang sama, pihak MAWILLA 3 menegaskan aset TLDM sentiasa ditugaskan untuk membuat rondaan di kawasan sempadan perairan negara setiap masa.

“Masyarakat juga tidak perlu bimbang kerana barisan hadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan TLDM khususnya sentiasa melaksanakan tugas serta berada dalam tahap kesiagaan yang tertinggi bagi membendung kemasukan PATI ke perairan Malaysia,

“TLDM akan terus berjuang demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara,” ujarnya. – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply