Home Pertahanan dan Keselamatan 11 PATI Indonesia sembunyi di kebun pisang dicekup Polis Marin

11 PATI Indonesia sembunyi di kebun pisang dicekup Polis Marin

by Nurulhuda

TAWAU, 28 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak perempuan yang cuba menyusup masuk ke daerah ini dan bersembunyi di sebuah kebun pisang kampung Tawau Lama, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Mohd Nazari Ismail berkata, 8 lelaki, 2 wanita dan kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 45 tahun itu ditahan dalam serbuan Ops Gelora Khas/ Op Benteng susulan maklumat pendudukan kampung dan risikan pasukan keselamatan di kawasan berkenaan.

“Ketika serbuan berkenaan dilakukan sekumpulan individu dipercayai warganegara Indonesia tidak menyangka kehadiran pihak berkuasa di tempat persembunyian tersebut,

“Mereka disyaki baru tiba di kawasan berkenaan dan sedang menunggu pengangkutan untuk ke lokasi seterusnya,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi PPM, pada Khamis.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati hanya seorang lelaki yang memiliki passport perjalanan yang sah. Manakala yang lain tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Kesemua mereka kemudiannya ditahan dan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut,

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Mohd Nazri meminta komuniti maritim dan persisir pantai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-2831197. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply