Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tuduh askar, polis tidak solat: ATM terima permohonan maaf Asri Janggut – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Tuduh askar, polis tidak solat: ATM terima permohonan maaf Asri Janggut

Tuduh askar, polis tidak solat: ATM terima permohonan maaf Asri Janggut

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima permohonan maaf daripada pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid , 42, susulan daripada kenyataan yang memberi gambaran negatif kepada warga ATM, semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai keterlaluan dan mengguris hati warga ATM terutama mereka yang muslim.

“Namun, sebagai seorang manusia biasa, sememangnya kita tidak terkecuali melakukan kesilapan,

“ATM mengambil pendekatan menerima permohonan maaf individu berkenaan yang disiarkan juga di media sosial PPIM pada 12 Ogos 2020,” katanya Affendi dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merujuk 2 video yang tular di laman sosial iaitu satu video yang memberi gambaran negatif terhadap warga ATM dan juga permohonan maaf beliau secara terbuka di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam.

Affendi menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa peka dan berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan atau pendapat mahupun apa jua ulasan tanpa sebarang rujukan yang boleh mencetuskan sebarang polemik dalam negara.

Pada 11 Ogos, Asri Janggut menyatakan bahawa ramai anggota polis dan tentera sengaja tidak menunaikan solat. Malah, beliau mencadangkan agar kedua-dua pasukan tersebut untuk menyerap masuk pelajar tahfiz yang disifatkannya mempunyai asas akhlak yang lebih baik.

Kenyataan yang dibuat semasa siaran langsung PPIM semalam telah mengundang kemarahan anggota polis, tentera dan juga rakyat Malaysia. -airtimes

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?