Home Pertahanan dan Keselamatan Ramai masuk askar dan polis tak solat – Asri Janggut

Ramai masuk askar dan polis tak solat – Asri Janggut

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Mohd Asri Hamid, Pengasas Hot Burger Malaysia mendakwa ramai anggota polis dan tentera mempunyai masalah disiplin dan tidak solat.

“Kebanyakkan yang masuk jadi polis dan jadi tentera ni yang tak jaga solat. Kebanyakannya memang tak jaga solat,

“Terlalu mudah, cair cepat, hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak? Pernah tak tanya anak apa itu Syahadah?” katanya dalam siaran langsung yang disiarkan di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Beliau yang dikenali sebagai Asri Janggut turut menegaskan adalah lebih bagus pasukan keselamatan untuk menyerap lulusan tahfiz ke dalam pasukan polis dan tentera kerana mereka mempunyai akhlak.

“Sebenarnya institusi polis, kastam, SPRM dan tentera, yang masuk dari lepasan-lepasan tahfiz lagi bagus, kena diserapkan,

“Memang kena diserapkan kerana mereka ada akhlak sebenarnya,” kata Asri dalam satu siaran langsung di Facebook.

Menurutnya, pelajar lepasan tahfiz mempunyai asas agama yang lebih kukuh.

Rakaman video siaran langsung tersebut turut tular di media sosial dan mengundang kemarahan para netizen.

“Jangan cakap macam ahli syurga seolah-olah semua askar dan polis tak solat. Jangan cuba rasakan diri kau terlalu alim,” kata Jun Komando dalam hantaran media sosialnya.

Selain itu, ramai netizen yang turut meluahkan kekecewaan mereka terhadap Asri Janggut berikutan kenyataannya sedemikian rupa terutamanya selepas kejayaan beliau membongkar aktiviti perjudian di Sungai Buloh.

“Elok-elok org puji la ni dah terbalik, tak pasal-pasal kena kecam. Kepada Abang Janggut, berhati-hatilah bila mikrofon ditangan. Fikir dulu sebelum cakap,” kata Mohd Rohaizal Abd Rahaman.

“Allah boleh angkat seseorang sekelip mata tapi jangan lupa Allah juga bole tarik nikmat sekelip mata. Jadi bila buat statement berfikir dahulu,” komen Redzuan Rashid di akaun media sosial Hot Burger. – airtimes.my

Related Articles

1 comment

Abdul wahab bin abdullah 13 August 2020 - 11:09 am

Agak2 nya betol tak dia cakap tu,kalu betul tu satu peringatan..yg buat ok…yg x buat tu terima sbg ingatan jer..

Reply

Leave a Reply