if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan nelayan Vietnam ceroboh perairan negara di Tanjung Sirik

APMM tahan nelayan Vietnam ceroboh perairan negara di Tanjung Sirik

by Nurulhuda

Tanjung Manis, 12 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Tanjung Manis menahan sebuah bot bersama 3 nelayan warga Vietnam di peraiaran Tanjung Sirik, pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz Md Kassim berkata, bot terbabit ditahan pada jam lebih kurang 10.45 pagi di kedudukan lebih kurang 33 batu nautika dari utara Tanjung Sirik.

Penahanan tersebut dibuat ketika pihak Maritim Malaysia sedang melaksanakan operasi Op Naga Timur/Op Permai di sekitar perairan tersebut.

“Pemeriksaan ke atas bot mendapati tiga orang termasuk tekong merupakan lelaki disyaki warga Vietnam, berusia dalam lingkungan 19 hingga 54 tahun tidak mempunyai sebarang permit untuk menangkap ikan di perairan negara dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah,”katanya dalam hantaran Facebook APMM, hari  ini.

Tiga nelayan termasuk tekong warga Vietnam di Jeti LKIM, Tanjung Manis sebelum dibuat saringan COVID-19. Foto: APMM

Ariz berkata, bot dan kesemua mereka ditahan dan diiring masuk ke Jeti LKIM, Tanjung Manis, dan seterusnya menjalani ujian saringan COVID-19 yang dikendalikan oleh pejabat Kesihatan tempatan.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak memiliki permit untuk melakukan sebarang aktiviti penangkapan ikan di perairan negara dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tekong serta awak-awak tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pencerobohan bot nelayan asing atau sebarang aktiviti mencurigakan di perairan Sarawak diminta untuk menyalurkan maklumat kepada Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544 atau pun MERS 999 yang beroperasi 24 jam.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply