Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 2,931 PATI, 625 tekong ditahan cuba ceroboh sempadan negara

Op Benteng: 2,931 PATI, 625 tekong ditahan cuba ceroboh sempadan negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pihak berkuasa telah menahan seramai 2,931 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Benteng yang cuba menceroboh sempadan negara.

Beliau berkata dalam operasi itu juga, seramai 625 tekong dan 167 penyeludup ditahan dari 1 Mei sehingga 10 Ogos 2020.

“Turut ditahan 122 bot dan 303 kenderaan yang terlibat dalam percubaan membolosi sempada negara,” katanya dalam satu kenyataan perkembangan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-147 dan hari ke-63 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihanj (PKPP).

Menurutnya, kawalan sempadan negara menerusi Op Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga semalam, PDRM telah membuat 65 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng di seluruh negara dan memerikasa 27,200 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong tikus.

“PDRM telah berjaya menahan 2 individu atas kesalahan imigresen,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply