if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Ketuanan Melayu bukan bermakna bangsa lain akan menjadi hamba – Ahli Parlimen Pasir Mas

Ketuanan Melayu bukan bermakna bangsa lain akan menjadi hamba – Ahli Parlimen Pasir Mas

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini menegaskan pemahaman isu Ketuanan Melayu perlu diperbetulkan pada setiap peringkat terutamanya di tahap pemahaman.

“Isu Ketuanan Melayu bukan sahaja perlu ditangani dari sudut istilah tetapi turut pada peringkat pelaksanaannya,

“Ketuanan Melayu ini tidak boleh disamakan dengan White Supremacist,” tegas Fadhli semasa menyampaikan hujah Akta Perbekalan Tambahan (2019) 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menambah, pemahaman White Supremacist menidakkan mana-mana bangsa bukan berkulit putih dari menikmati hak mereka seperti mengundi, memiliki harta, dan menikmati kehidupan sebagai seorang manusia biasa.

“Ada yang menyebut apabila Melayu menjadi tuan, bangsa lain akan menjadi hamba. Pemahaman ini adalah salah,

“Sebenarnya ianya adalah kita umpama tuan rumah. Orang datang ke rumah kita, adakah tetamu yang datang itu akan menjadi hamba?” jelas Fadli.

Beliau turut menegaskan, tidak pernah berlaku mana-mana bangsa lain di Malaysia menjadi hamba kepada orang Melayu.

“Justeru, menyamakan Ketuanan Melayu ini dengan White Supremacist secara total adalah pengertian dan pemahaman yang sama sekali,

“Ketuanan Melayu adalah untuk melindungi hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera  seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Negara,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan meletakkan Ketuanan Melayu sama dengan White Supremacist adalah satu usaha untuk menidakkan hak-hak istimewa Melayu dan Bumiputera.

Ahli Parlimen Pasir Mas turut menggesa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan pelbagai langkah untuk memperbetulkan persepsi mengenai Ketuanan Melayu.

“Mereka boleh menjelaskan isu ini melalui pelbagai program dan media bahawa Ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan apa yang terkandung dalam Perlembagaan,” katanya lagi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply