Home Pertahanan dan Keselamatan Perdana Menteri terima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat

Perdana Menteri terima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain di Putrajaya, hari ini.

Pertemuan empat mata itu dilakukan bersempena pelantikan Zamrose selepas dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-28 pada 11 Jun yang lalu.

Muhyiddin yakin dengan pengalaman yang ada,  Zamrose selaku PTD berupaya memacu cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke tahap lebih gemilang di persada negara dan antarabangsa.

“Semoga pelantikan ini akan membantu memperkukuhkan lagi kesiapsiagaan pertahanan negara dalam mendepani isu keselamatan yang semakin kompleks,” kata Muhyiddin menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin turut  menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor yang dijadual menamatkan perkhidmatan pada 14 Ogos ini.

“Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Mazlan Mansor atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang memimpin pasukan,” katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply