Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: Polis tahan 9 warga asing cuba bolos sempadan negara

Op Benteng: Polis tahan 9 warga asing cuba bolos sempadan negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Jul – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan 9 wargenegara asing yang cuba memasuki negara secara haram, semalam.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan kerana melanggar undang-undang Imigresen.

“Pihak polis telah membuat 67 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dan memeriksa 43,033 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong tikus,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” kata dalam kenyataan, hari ini.

Mengenai penguatkuasaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Ismail Sabri menjelaskan PDRM turut menahan 14 individu di atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP yang telah ditetapkan.

“Daripada jumlah itu, seramai 3 individu telah direman manakala 11lagi individu dijamin,

“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan aktiviti yang melanggar SOP,” katanya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply