Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat Malaysia rai 1,782 Perajurit Muda tanpa kehadiran ahli keluarga

Tentera Darat Malaysia rai 1,782 Perajurit Muda tanpa kehadiran ahli keluarga

by M.Daim

PORT DICKSON, 4 Julai – Walaupun tiada kehadiran ahli keluarga seperti kebiasaan, Tentera Darat Malaysia (TDM) tetap meneruskan upacara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 191/19 pada hari ini.

Acara yang diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) ini lazimnya dibanjiri dengan kehadiran penonton dari kalangan keluarga Perajurit Muda.

Majlis disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain.

Selain ketiadaan penonton, acara yang dijalankan dengan norma baharu ini turut diadakan dengan dua sesi perbarisan.

“Perbarisan pada kali ini dilaksanakan sedikit berbeza berbanding siri sebelumnya dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) cegah penularan wabak COVID-19,

“Penjarakan antara anggota semasa perbarisan adalah lebih jauh daripada biasa”kata pihak TDM dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Perajurit Muda turut dibekalkan dengan topeng penutup hidung dan mulut.

Selain itu, majlis diadakan secara ringkas dan berkonsepkan statik. – airtimes.my

GALERI GAMBAR:

Related Articles

Leave a Reply