Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 2 bot nelayan Vietnam, rompak hasil laut negara

APMM tahan 2 bot nelayan Vietnam, rompak hasil laut negara

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 3 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Sabah dan Labuan, telah menahan dua buah bot nelayan asing yang disyaki warganegara Vietnam pada Rabu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli bin Abdullah berkata 2 bot nelayan tersebut telah dilihat mencurigakan apabila bergerak seiring dan disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan secara tunda ganding oleh bot peronda maritim yang sedang melaksanakan Operasi Naga Timur di kawasan berkenaan.

“Kedua-dua bot nelayan asing tersebut disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,

“Jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi enam juta ringgit setiap seorang dan nakhoda serta enam ratus ribu ringgit tiap-tiap anggota kru,” jelasnya dalam hantaran di Facebook rasmi APMM, hari ini.

Menurut Mohd Rosli, kedua-dua bot dan kru telah dibawa ke Jeti APMM Sepanggar dan telah menjalani ujian saringan COVID- 19 semalam, setiba mereka di jeti.

“Pegawai dan anggota maritim yang terlibat dengan operasi tersebut juga turut menjalani ujian saringan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” tambah beliau. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply