Home Semasa 142 rakyat Malaysia pulang ke tanah air, jalani kuarantin di rumah

142 rakyat Malaysia pulang ke tanah air, jalani kuarantin di rumah

by Fatini Hanis Norzali

KUALA PUMPUR, 23 Jun – Seramai 142 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) semalam, diperintahkan menjalani proses kuarantin wajib di rumah masing-masing.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka adalah yang pulang ke tanah air dari Singapura, UAE, Indonesia, India, China dan Belanda,

“Kesemua mereka telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka (home quarantine),” katanya dalam satu kenyataan.

Dari 10 Jun sehingga 22 Jun 2020, seramai 4,536 rakyat Malaysia yang menjalani saringan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

“4,517 daripada jumlah tersebut telah didapati negatif dan dihantar terus pulang ke rumah untuk menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” ujarnya.

Sebelum ini, perubahan polisi yang berkuatkuasa 10 Jun 2020 itu, telah membenarkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara boleh terus pulang ke kediaman masing-masing dan dipantau oleh aplikasi MySejahtera dan memakai gelang tangan kuarantin.

Related Articles

Leave a Reply