Home Semasa PKPP: Kolam renang kembali dibuka mulai 1 Julai

PKPP: Kolam renang kembali dibuka mulai 1 Julai

by Farrah Najihah Hisyam

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Keselamatan) hari ini menyatakan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan aktiviti riadah kolam renang dan pelancongan air bermula pada 1 Julai ini.

Menurut beliau, pengusaha kolam renang perlu membuat pendaftaran notifikasi pembukaan kolam renang terlebih dahulu melalui lawan web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi tujuan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Aktiviti ini hanya dibenarkan di kolam renang awam, hotel, kondominium, gated community serta kolam renang persendirian,

“Setiap kolam renang mesti menyediakan life guard dan pemantau bagi memastikan keselamatan pengguna,” tegasnya.

Jumlah masa dan pengguna pula haruslah terkawal serta mengikut kapasiti dan keluasan kolam renang.

“Walaupun tiada larangan bagi kanak-kanak untuk menggunakan kolam renang kanak-kanak, namun ianya tidak digalakkan,

“Meskipun kolam renang dibenarkan dibuka semula, namun taman tema air masih tidak dibenarkan untuk beroperasi,” katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri turut bersetuju untuk membenarkan aktiviti pawagam, teater dan live event dibuka semula pada tarikh yang sama serta pembukaan hanya di dewan tertutup sahaja.

“Bagaimanapun, aktiviti ini tidak boleh melebih 250 individu bagi setiap pertunjukan dan tertakluk kepada kapasiti dewan,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa SOP terutamanya penjarakan sosial perlu dipatuhi pada setiap masa seperti yang ditetapkan.

Related Articles

Leave a Reply